Saturday, December 24, 2011

ukhwah fillah

Sahabat..

kekuatan bukanlah segalanya

Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa

Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya

Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya

Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan

Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan

Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis

Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya

Sahabat, katakan padanya…

Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah

Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya

Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya

Jangan pernah mengajar sahabat kita bagaimana menjadi cantik

Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya

Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita

Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya

Isilah kehidupan kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan

Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan

Ajarkan sahabat kita menikmati keindahan mentari pagi

Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir

Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga

Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan

Jika kita ingin sahabat kita rajin beribadah kepada Allah

Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita

Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah

Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita

Jika kita ingin sahabat kita mencintai ilmu pengetahuan

Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri kita dan dirinya

kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca

Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu

Jika kita ingin sa

habat hidup penuh kasih

Tunjukkan cinta kasih kita kepadanya

Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi

Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari kita

Jadi, bagaimna cara kita mengajarkan sahabat kita?

Sumber: http://akuislam.com

Thursday, December 22, 2011

Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.

Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.

Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.

Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.

Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...

ikhlas dri hati....

sumber-Artikel iluvislam.com

aq redha ...

my sick come again..,my skin getting worse,as ussual,rean kna laa mkn ubat yg berdozeb-dozen uh...sungguh rean ta tpu,rean pnat sgt dgn smua nie,slma 16 thun rean brnafas at dnia nie,slma 16 thon tu larh this sickness jd at rean..pena rean ckp,allah nie mmg ta syng rean,tp cpt2 rean istighfar,smua tu da dtntukan oleh Dia..alhamdulillah,stiap kli rean rsa sdeyh,cpt2 rean muhasbbah diri..
Allah sndiri brkata dlm al-quran:

” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “

dan stiap kli rean mrasakan Ya Allah,berat nya ujian Mu..aq ta mmpu Ya Allah,brulah rean sdr bhawa Allah ada brfirman

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

rean sdr bhwa Allah tdak akn mmbani seseorang tnpa kmampuannya sndri..Ya allah aq memohan keampunn drimu Ya Allah jka kdngkala mulut ku tdak mngucpkan syukur pdamau walhal aq thu bhwa smua yg enkagu brikan adlah untuk mngktkan iman aku ya Allah...Ampuni aku Ya Allah....

Monday, December 19, 2011

janag sedeh-sedeh

Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..

Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..

Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...

Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..

Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..

Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih dari kehidupanmu..

Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih, tidak akan membuahkan hasil,

Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,

Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,

Bersedih tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan,

Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,

Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,

Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan

Bersedih juga tidak membuat mu boleh diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,

Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,

Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,

Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..

Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,

Pasti ada makna disebalik itu semua,

Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,

Mari kita cuba tabahkan hati,

kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…

Kerana kita manusia biasa,

Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..

Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!

Tiada masa untuk berlengah!

Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,

salutkan bersama doa tulus suci,

kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,

kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,

Kerana takdir itu mengatasi tadbir…

Tadbir dari manusia yang lemah,

Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,

Yang penuh sirat pengajaran.

Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..

Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..

” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”

bulan pernah terbelah dua

Telah dekat datangnya saat itu (hari kiamat) dan telah terbelah bulan. (Al-Qamar (54): 1)

Kisah Terbelahnya Bulan

Lima tahun sebelum Nabi saw berhijrah dari Makkah ke Madinah, ada sekelompok orang Quraisy yang datang menemui baginda dan mengatakan: “Hai Muhammad, jika engkau benar-benar seorang nabi dan rasul maka datangkanlah bukti yang menunjukkan bahwa engkau memang benar-benar seorang nabi dan rasul.”

Maka Nabi bertanya kepada mereka: “Apa yang kalian inginkan?”

Mereka berkata dengan tujuan melemahkan dan menentang: “Belahlah untuk kami rembulan itu!”

Nabi SAW lantas berdiri beberapa saat. Baginda berdoa kepada Allah swt agar memberikan pertolongan untuknya dalam situasi seperti ini. Allah swt lantas memberikan ilham kepada baginda untuk berisyarat dengan menggunakan jari tangan baginda ke arah bulan. Tiba-tiba bulan tersebut terbelah menjadi dua bahagian. Satu bahagian menjauh dari bahagian yang lain selama beberapa jam kemudian bersatu kembali.

Maka orang kafir berkata: “Muhammad telah menyihir kita!”

Akan tetapi orang-orang yang cerdas diantara mereka mengatakan: Sesungguhnya sihir itu terkadang dapat mempengaruhi orang-orang yang menyaksikannya dan tidak dapat mempengaruhi seluruh manusia. Maka tunggulah rombongan yang datang dari perjalanan.”

Maka orang-orang kafir bergegas keluar menuju pintu-pintu kota Makkah untuk menunggu orang-orang yang datang dari perjalanan. Ketika rombongan pertama datang, orang kafir bertanyakan kepada mereka: “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh terjadi pada bulan itu?”

Mereka menjawab: “Ya, benar. Pada malam itu kami melihat bulan itu telah terbelah menjadi dua dan saling berjauhan satu dari yang lain kemudian kembali bersatu.”

Maka berimanlah sebagian dari mereka dan kafirlah orang-orang yang tetap kafir. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman :

“Telah dekat datangnya saat itu (hari kiamat) dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus”. Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya. (Al-Qamar (54): 1-3).

Kisah Dari Sudut Moden (Angkasawan Amerika Ke Bulan)

Apollo 11 adalah misi luar angkasa pertama yang berjaya membawa manusia ke Bulan dan kembali dengan selamat. Apollo 11 merupakan salah satu dari projek NASA yang terbesar dengan belanja melebihi 100 billion Dollar, disaat negara Amerika mengalami kemelesetan ekonomi. Projek ini adalah salah satu perlumbaan meneroka angkasa semasa era perang Dingin dengan Soviet Union.

Apollo 11 dilancarkan pada 16 Julai 1969 menggunakan roket Saturn V dan tiba di bulan pada 20 Julai pada tahun yang sama. Pada saat mendarat di bulan, pesawat luar angkasa ini membawa Neil Armstrong, Edwin Aldrin, dan Michael Collins.

Disebalik kejayaan mendarat di bulan, para astronout ini secara tidak langsung telah membuat penemuan bahawa bulan pernah terbelah dua. Berikut adalah dialog semasa astronout ini diwawancara di sebuah stesen televisyen :

Pengacara: “Apakah rasional membelanjakan lebih dari 100 milion dolar Amerika hanya untuk mendaratkan seorang ilmuwan Amerika di atas bulan?”

Astronout : “Tidak, tujuannya bukan untuk mendaratkan ilmuwan Amerika di atas bulan, tetapi kami mengkaji struktur geologi bulan dari bahagian dalam.

Dan kami pun telah menemui satu penemuan saintifik, seandainya kita menghabiskan berjuta – juta dollar untuk membuat orang percaya terhadap penemuan tersebut, tentu tidak ada orang yang mempercayai kami.”

pengacara: “ apakah penemuan itu?”

Astronout: “Bulan ini pernah terbelah pada suatu ketika kemudian bersatu kembali.”

Pengacara bertanya: “Bagaimana anda mengetahui hal itu?”

Astronout menerangkan: “Kami mendapatkan sebuah sampel dari bebatuan yang membelah bulan dari permukaan hingga ke bahagian dalamnya. Kami membuat kajian dan berdiskusi dengan para pakar geologist dan mereka mengakui bahawa hal tersebut tidak mungkin terjadi kecuali jika bulan pernah terbelah kemudian bersatu kembali”

*Ura -ura bahawa Neil Amstrong telah memeluk Islam setelah kembali dari misi mendarat di bulan mungkin ada benarnya juga, mungkin setelah beliau menyaksikan kebenaran kejadian ini..

la takhaf wala tahzaninnaallaha-maana

KENAPA AKU DIUJI ?

” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

” ….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. “

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

” Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. “

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, “

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ….. “
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

” ….. Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung. “

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

” ….. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. “

-Surah Yusof ayat 87

egt larh whai shbat smu .. dgn mengingati Allah,hati akn mnjdi tng..