Friday, September 16, 2011

::tentang aku dan dia::


aku adalah aku,seorang gadis biasa yang hidup nya bercorakkan cabaran dan dugaan terutamanya virus yang sering melanda setiap remaja iaitu virus "merah jambu".Memang itulah yang sedang aku hindari sekarang,namun dugaan "merah jambu" ini telah membuat aku jatuh,dan kalah..
hidup aku didatangi seorang ajnabi atau lebiah dikenali sebagai insan yang bergelar "lelaki".namanya serinh meniti di bibir pelajar-pelajar sekolahnya atau lebih kurang sebagai sekolah ku juga.Bukan kerana dia adalah pelajar yang sering keluar masuk bilik disiplin tetapi dia adalah pelajar yang sering menempah nama di atas pentas sewaktu anugerah cemerlang.

bibir aku memang tak pernah menutur sebarang kata mahupun sebaris senyuman kepada "dia".Mungkin aku ini dikenali sebagai seorang yang agak gila-gila di sekolah dan sering menimbulkan masalah,tapi sebenarnya malu masih wujud dalam nurani perempuan aku ini.Mungkin ini terjadi kerana "dia"juga adalah seorang yang pendiam.

detik perkenalan kami bermula sewaktu aku berada di tingkatan 4.semuanya bermula dengan laman sosial muka buka atau lebih dikenali sebagai 'FB".sapaan salam dari dia membuatkan aku dan dia rapat di laman itu.bagaimana di sekolah?situasinya masih sama,dia dengan watakan pendiamnya berbeda dengan dirinya di laman sosial.

daripada bercahatting hinggalh akhirnya "dia"meminta no.telefon aku.aahh...tidak mungkin aku mahu memberikan kepadanya.setelah sebulan mungkin kami berchatting,akhirnya pada suatu petang,aku mendapat mesej daripada seseoarng yang tidak aku kenali.
"assalamualaikum"
ahhh..panjangnye salam die..aneh betol orang yang hantar meseg nie..rupa-rupanya insan yang tidak aku kenali itu adalah "dia"yang selama ini aku ramah hanya di laman sosial.pelik,macammana dia boleh dapat nombor aku sedangkan nombor aku tidak semua lelaki ada.aahh!!!lantaklah..seronok kah aku dengan salam pertemuan yang kini bertukar menjadi sms ini..yaa!sudah semestinya.kenapa???aku pun tidak mengerti.aku warawiri seorang diri.

semenjak dari hari itu,boleh dikatakan tiap-tiap hari telefon aku didatangi oleh sms-sms daripada 'dia'lupa sudah aku akan batas-batas yang tidak menggalakkan lelaki dan perempuan bersms antara satu sama lain."dia"??aku pun tidak tahu kemana perginya sifat pemalunya..mungkian sifat pemalunya itu hanya dihadapan orang ramai.sifat imannya??mungkin aku dibayangi dengan kesungguhannya mengejut aku untuk bertahajjud pada setiap hari jam 3.15 pagi??atau tazkiarah dan nasihat yang dikirim olehnya.atau mungkian kabur dek ajakannya untuk berpuasa sunat??

pada saat itu aku dan dia hanyut dalam dunia kami sendiri yang kononnya untuk saling mengajak ke arah kebaikan.apa yang ada dalam fikiran aku?tentulah menggangap nya seorang yang baik kerana sering mengajak aku kearah kebaikan dan sering memberi kata-kata dorongan tika aku dalam keresahan.dalam hatiku pernah berkata"sukakah aku kepadanya??"hahaha...jangan merapulah..tidak mungkin kerana dia seorang yang baik..jahatkah aku?tidak tapi dia lebih baikdari aku,dengan ilmu yang ada pada dirinya tidak mungkin menyukai aku yang aurat aku belum tentu sempurba terjaga,ilmu dalam diri aku??aahh..tidak mungkin sehebat dirinya..

persaan aku pula kepada nya??mana mungkin bisa hatiku berbohong aku tidak ada rasa walaupun sedikit pada dirinya..mungkin dia tidaklah setampan nabi yusuf yang bisa membuatkan jari gadis terluka saat terpukau melihat dia,namun aku mempunyai sekeping hati yang masih mentah dan bisa cair akan sesuatu kebaikan seseorang.

rupa-rupanya tanpa aku sedari,dia juga mempunyai rasa yang sama seperti aku.aahh..seperti hendak gila aku mengetahuinya.manakan tidak,seakan-seakan perasaan aku terhadapnya berbalas meskipun dia tidak mengetahui akan perasaan aku terhadanya.
hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun,akhirnya sekarang aku berda di hadapan dewan utama sekolah aku untuk mengambil keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia(SPM).alhamdulillah keputusan aku melebihi jangkaan aku.aku selisih dengan dia.hanya senyuman menjadi perantaraan antara kami.perbicaraan kami tanpa suara,hanya tulisan bahasa indah mengeratkan kami.sebaik aku melangkah kaki ke dalam kereta,telafon aku beebunyi tanda sms masuk dan penghantarnya adalah dia.
"alhamdulillah saya mendapat 11A1"
keputusannya itu langsung tidak mengejutkan aku.setelah beberpa bulan,aku mendapat tahu daripada dia bahawa dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Mesir.entah kenapa perassan aku sedikit sedih,ini bermakna dia akan tinggalkan aku.namun aku redha kerana dia bukannya milikku.pada malam itu juga dia menghantar sms kepada aku untuk mengejutkkan aku bangun tahajjud,ini adalah mesej terakhir daripada dia.kenapa terakhir?kerana aku telah mengambil keputusan untuk tidak mahu sms dengan dia lagi..kenapa??entah aku pun tidah tahu kenapa aku membuat semua itu.munkin juga pada minggu lepas dia pernah menghantar mesej supaya aku tidak menceritakan tentang apa yang berlaku antara aku dan dia kepada orang lain.mana mungkin aku menceritakan tentang hal ini pada mereka,mungkin mereka sudah membaca diari aku yang sedikit sebanyak menceritak tentang dia didalamnya.dia juga ada mengatakan bahawa suruh melupakan apa yang pernah dia katakan pada aku.dia ingin aku menggangap bahawa apa yang diceritak oleh dia adalah tidak benar.aaarrghh..hati siapa yang tidak sakit.sedarkah dia pada saat dia menghantar sms itu kepada aku??yaa!!mungkin ini lah jalan terbaik iaitu tidak bermsg dengan dia.mungkin dengan cara itu,kawan-kawan aku akan mendiamkan diri daripada mengatakan apa-apa tentang kami berdua...aku tekad!!inilah jalan terbaik..

kini aku dan dia ibarat angin yang berhembus.dia datang dan hilang.rindukah aku padanya?bohong lah kalau aku tidak merinduinya walaupun sedikit.aku memang sangat merinduinya.indu akan panggilan mengejutkan aku pada setiap 3.15 pagi,rindu akan nasihat daripadanya tika aku sedih,rindu akan ajakannya untuk berpuasa sunat.namun itu semua kini hanyalah sebuah kenangan.paling menyebabkan hati aku luluh saat dia mengatakan bahawa dia ingin aku melupakannya,kerana apa yang terjadi selama ini antara aku dan dia hanyalah sebuah perancangan antara dia dan rakannya yang bertujuan untuk mempermainkan aku.saat itu hanya allah yang tahu isi hatiku.

alhamdulillah kini aku berjaya menjadi seorang peguam syariah,hari ini di hadapan aku adalah kubur seorang lelaki yang bergelar "dia"..
dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.dia telah menghidap penyakit barak otak.aku terinagt akan warkah yang dikirimkan oleh sahabat "dia"untuk aku.dengan lafaz bismillah dan perasaan yang penug berdebar-debar aku membuka warkah itu.

assalamualaikum...
wardah,
terlebih dahulu saya ingin memohan seribu kemaafan daripada wardah.bencilah saya jika itu yang mampu membuat wardak gembira.wardah saya sakit wardah,doktor telah mengesahkan bahawa saya telah menghidap penyakit barak otak tahap kritikal sewaktu saya ingin bertolak ke Mesir tika itu.saya sudah tidak punya banyak masa wardah.masih ingatkah wardah akan kata-kata saya pada kali terakhir kita sms,andai sahaja wardah tahu,itu semua adalah rekaan semata-mata supaya wardah melupakn saya.masihkah wardah sedar bahawa kita sudah jauh daripada ajaran agama kita yang melarang perhubungan antara lelaki dan wanita tanpa hal yang penting.msih ingat kah wardah akan kata-kata yang dikirimkan oleh saya??
tak berhubung bukan bererti putus,
berenggang tak bereti benci,
kerana kasih yang sejati lahir dari keimanan,
cintailah seseorang kerana allah,
benci kerana allah,
ertemu kerena-nya,
berpisah kerana-nya..
maaf dari saya kepada wardah.mungkin tika wardah sedang membaca warkah ini saya sudahpun menyahut seruan illahi.maaf dari saya wardah.jangan kecewa dan cepat mengalah.jangan menagis!!saya berdoa semoga wardah bertemu dengan lelaki yang dapat membahagiakan wardah dan memimpin wardah menuju jalan syurga.terima kasih kerana pernah menjadikan saya insan istimewa dalam hidup wardah.sekian sahaja daripada saya.
sekian,
amir farhan zakaria.
dialah insan yang bergelar "dia"..amir farhan,sepotong nama yang tidak mungkin aku lupakan.tanpa aku sedari air mata aku mengalir dengan deras tanpa aku sendri tahu apa rentaknya.aku tidak dapat menahan sebak dalam diri aku lagi.aku membiarkan limpahan itu keluar tanpa disekat-sekat lagi.aku menggengam erat warkah terakhir amir.
amir,semoga kita bertemu di syurga!!!






Thursday, September 15, 2011

shonoknyaa pegi kem~~








sonok larhh pegi kem..hahha..seyez maa ta muhong pnya..kter sonok sanad2...pegi ta lama pn..sat jep...2 hari 1 night..hehek...aktiviti plg ezzz skly nek rakit...gempaak kt..hahah..plg mncbar jggle trakking..adoyai..pnt sgguh laarh..pacat ta yah citer laarh..mmg manyak glerrr..tp aq ta kne gigit pwn...syookk thp maksima larhh..alhamdulillah..hehe..da larhh.. ta lrt na mntaip,celoteh...ggrrr..hahah...daa~~~

kita bercinta di syurga~~

Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.

"Abang nak dengar lagu ape?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.

"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.

"Tajuk pe lagu tu?"

"Err.. Ade la.. Hehe.."

"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."

"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.

"Romantiknye abang ni.."

"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.

Mekar di taman hati..

Cinta pertama..

Engkau ciptaan seni idaman kasih..

Antara bibir tersiratnya pekerti..

Kelembutan yang mendamaikan jiwa..

"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.

"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.

"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."

Sayang tak tunggu kat radio?

"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."

"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.

Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.

Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.

"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.

"Sayang pulak camna?"

Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.

"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."

"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.

"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."

"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.

"Tak dah!"Balas Izyani.

"Sebab?"

"Sebab tak sedey laa..." ^_^

"Oo.. kenakan abang ye.."

"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."

Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.

"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..

"Ameen.."Balas Izyani.

Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.

"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.

"Ya Allah!!"

Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.

Dammmmm!!

Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

----

Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?

Mustahil?

Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..

Kerana Semangkuk Bubur | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kerana Semangkuk Bubur