Sunday, August 28, 2011

::my lebiu sista::


syunk glerr akk nie ketad2...die nie sowg yg eppy-go-lcky...sllu wt aq eppy jep..da larh cumel lak uh..
shumell an pic die..(sowi laa akk copy ta gtw..hik2)
nie aq nn die tme mlm busana ton lps..


#aq arp relationship kmi will nver lst endg...luv U sis!!

BiBiT-bIbIt CinTa TeraGung

Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama, dugaan 'virus merah jambu' menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.

Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, menjadi senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku, entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun aku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.

Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang aku dapat.

Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, aku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?

**********

Tahun berikut.

Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).

Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama.'

Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membacanya.

"Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa?"

Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********

Esoknya.

Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.

Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.

Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********

2 hari selepas itu.

Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!

Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak."

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya."

Sesudah solat Isyak, aku duduk di antara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.

Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada Tuhan aku pohonkan.

"Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapan-Mu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati mati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam neraka-Mu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para wali-Mu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah pada-Mu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.

Amiin Ya Rabbal Alamin..."

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan Tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : "Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, aku merasa belum sempurna ibadahku. Aku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama aku menunaikan solat sunat hajat dengan sepenuh hati. Kemudian, aku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah s.a.w menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.

"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini."

************

Pada rakaat pertama, aku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Aku bangun, untuk rakaat kedua. Aku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian aku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah s.w.t. sahaja.

Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?

Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.

Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.

Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Aku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.

Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh Tuhanku.

Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya

Friday, August 26, 2011

cinta soleh dan solehah

WAN MUHD QAWIEM,pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama B*****.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Wan ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Wan di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya ISLAM itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Wan dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Wan.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Wan tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Wan banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan serta mempunyai lesung pipit.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya dalam kelas fizik.kelas yang menggabungkan pelajar lelaki dan perempuan.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Wan melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati kecil Wan bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Wan terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir kayu yang boleh dibuka yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Satu malam,sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Taubat,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..dah takda sapa2 nih..aku dengan dia ja,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu ,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir kayu itupun ditolaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Wan supaya Wan tidak terasa melakukan dosa.

“Em..teruk ni.patut ka aku lapor kepada ustaz.ini dah cedera.tak leh dibiarkan.”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba, Wan tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke asrama.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Kairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh, Wan.Ape nta wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Ana just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Wan.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah nta dapat pahala,taknak share ngan ana?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Wan iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Wan melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Wan menipu.

Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Wan menangis dan bertanya sebab Wan menangis tetapi Wan hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Wan,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Wan.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Wan sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Wan.Kedudukannya di dalam kelas fizik menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Wan dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Wan. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Wan sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya, Wan datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:

Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde semalam,tatau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,

Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhaai kita,

Dan,salam perkenalan.Ana Wan Muhd Qawiem.

-wan

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka, Wan dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Wan dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan,

“Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Wan membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Wan,namun dek kerana cintanya dia kepada Wan,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Wan dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Wan semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Wan seakan-akan gila.Betul Wan gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya

Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la ana nak tanya nta.Mane la taw nta ade masalah,bimbang takut di sana pun nta ade masalah.”Ujar Khairul.

“Nta taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Wan.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Ana ahli keluarga nta ka?!”Marah Wan lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Wan.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Wan berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Wan, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Muhtadi, Mentornya.

“Er Ustaz,ana ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Wan,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Wan.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Wan.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik mimbar di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Wan.Tertera nama Wan di atas belah kiri surat, ‘Buat Wan muhd Qawiem ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Wan.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Wan ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Wan yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain, Wan terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape hang buat ni?!!!”Marah Wan.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai sahabat?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir. Wan terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,hang peduli apa!” Wan bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur ana tanya,nta couple Wan?”Soal Khairul.

“Aku couple ka,aku tak couple ka,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret hang masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Wan berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Wan namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Wan.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Wan berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Wan pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Wan pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Wan,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Wan bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Wan,sebenanye..Sume orang da taw pasal nta..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Wan.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“nta bagitaw orang?!!!!”Soal Wan.

“Eh,tak..Ana pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi hang dengki ngan aku, hang dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw hang sengaja nak jatuhkan aku!” Wan memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Wan memotong,laju benar susun katanya.

“Ana menyesal bagitahu nta,ana ingat nta la sahabat ana yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupanya apa?!Musuh?!” Wan marah lagi.

“Ya!Musuh Allah,musuh agama Allah!Nta nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama nta buat!nta lupa ayat-ayat surah As-Saf yang nta selalu baca time jadi Imam?nta lupa?!nta lupa akhi??!!Meh ana ingatkan nta! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah membenci engkau dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.tegas.pedas dan menusuk.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Wan dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Wan buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Wan Si Soleh atau gelaran ‘Wan si wali’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Wan,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Wan terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Wan,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Wan,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Wan bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Wan tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Wan ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Wan itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang abg sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai abg..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,

Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata abg bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Abg Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Wan,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata. Wan membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nant

Thursday, August 25, 2011

eccedentesiast one week b4 blek raya !!!!

oo..ooo..blek kmpung..ooo..ooo..ooo blek hometown..hahah(bajet cm dok joh ja)...uurmmm sblum bolh na blk nie..adooyy mak aii..banyk bebeno eksiden,kmlangn,kecelakaan..ahhh..aq pwn ta tw pe agy...k2..kta usha dri hari ahad...here da story begin...
ahad:notink interest..msa nie busy skit..ala2 mntri pwn da kwt..haha..besala..exam rnie..paper BM sma SEJARAH...
isnin~selasa:have a same activiti..exam+mengdaap buku..
rabu:haaaaaaa..nie bwu de yg mnrik aty nurani(cewaah)haha..ptg tu de spa nth my,so kmi smua kene p surau laa lps asar...adooy...hujn trn mymbh bumi kwt..(sstera thp).kmi smua pwn pa agy,tdo mmg ta sdr dri r..jga2 koi 6.00 ptg daa..kmi pwn amk la towel na g mndi,tup2 ustz sham my asrma..adoii..mmg haru biru r..haru merh pwn bley jd gk..kmi dok lm shower time uhh..ust my kt toilet,swoh kmi kuar,kuar2 die ta mrh ngt pwn..kne ktuk pala jaa skit nn rotn..hahah...
khamis:urmm..mementang laarh exm da abes,aq dok lpk jee at dom..bkn ta na pegi klazz,..tp kmi ngt na pegi lps rehat..lst2 ade kwn2 aq kt skoll yg bekk aty p citer sma ust..adooyy ustz pwn mai at kmi..kne agy..siap kna isi borg agy...
ptg plk tme na blek,aq kuar nn membe..lst2 hmpir bas na tggl kmi..segan thap r..da r rmy laki msa 2..
mlm nie plk..........window shopping maa sma parent aq..tp ta bpe gmmpak sgt coz ujan kn..

THE END....

hehehe..twok ark prgai aq..alaarhh zmn kolh skli je..tp study jgn lpa plk even kteer enjoy gleer..
ok!!!caw dlu...

Friday, August 5, 2011

syunk demo ketad2!!





miSs Him..


aargghh!!!glerrr toii...syezz maa aq miss him very much...asl aq dgq lgu a**** je msti aq tingt aq die..maybe lrik die ta trlalu related to him,but a few liric on tht song make i miss him..aarrghh sengal toii..sggoh ta suka..aq pwn ta tw die rmembr me or not now..he now got his new life..
mmg slma nie aq rsa die ta tw yg aq has store felling to him..npe aq ta cter??ta mgkin laaah..aq sgan kwt..die pwn penh gtw his felling to me...mmg syok pwn..haha..spe ta syok owg yg kte has felling tell the same thing to us...
uurmmh..bkn aq ta cuba tok lupekn die,tp nth smkin aq cuba smkn aq igt at die..aq mmg ta penh story cter nie at cpe2..neither my own fwens..why???i dun know..maybe all my fwens pikir aq ta brmnt bab2 nie coz aq ta penah bsing2 at depa sl nie..mlehh r aq..gpwn ta smstinya pe yg kte suka akn jd mlik kte an..what i hope now tht i can forget him..is it wrong???

glee lawRh!!





my best pwens..:)





mArhaBan yA rAmadHan..

p/s:slmt mnymbut ramadhan karim..tamaw posa yangyok ekk smua...pose penoh tw!!