Thursday, January 27, 2011

ikHlas kU cari Mu dmana jUa.........

Keikhlasan nan tercalar

Pabila kesabaran mula menghindarLemah dan tunduk tanpa sedar

Bisikan syaitan nan tak pernah pudar

Menawan kalbu hamba nan ingkar.

Keikhlasan nan terhakis

Kerana hati tak bisa menangis

Pujukan dan rayumu wahai sang iblis

Ketipisan iman tak bisa menepis.

Lalu...Lerailah budi,lenyaplah jasa

Segunung budi selaut jasa

Ganjaran dinanti tak kunjung tiba

Ganjaran melayang di tingkap terbuka

Dosa menerpa di hati bertakhta

Budi dan jasa sia-sia semata

Ibadat dilaksana jerih segala.

Aduhai...Sukarnya mencari keikhlasan

Perit dan getirnya menebal keimanan

Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya

Di sinilah...

Kupohon pada-Mu walau dalam susah

Kupohon pada-Mu walau dalam payah

Ikhlas itu rahsia Allah

Mudah-mudahan padaku

Rahmat-Mu tercurah.........

No comments:

Post a Comment

bace dah..
komen larh pulak:p